Wednesday, October 6, 2010

Ada apa dengan sejarah?

Bismillahirrahmanirrahim…..

Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam suatu ketika dahulu, pernah mencapai zaman kegemilangan dan tidak mustahil, kegemilangan tamadun Islam akan kembali memuncak pada suatu hari nanti. Amin ya rabbal alamin…

Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana telah dinyatakan di dalam kitab al-Quran serta diperkukuhkan lagi dengan kesan peninggalan kaum-kaum terdahulu yang diberi balasan oleh ALLAH atas kekufuran dan kemungkaran yang telah mereka lakukan.

Benak fikiranku menerjah kembali pada persoalan yang sering membuatkan kepalaku pusing…. Otakku migraine…. Dan fikiranku terawang-awangan…. Situasi yang berlaku ketika diriku masih di bangku persekolahan,

pelikla cikgu ni ajar…

cikgu cakap, tamadun manusia bermula dari zaman paleolitik, mesolitik, neolitik dan logam…

tapi, zaman nabi tu bila pulak? Bukan ke Nabi Adam tu manusia pertama yang dicipta Allah?

Namun, bila ditanya, jawapan cikgu amat tidak memuaskan hati.

Hari berganti hari….Tahun berganti tahun… Ku biarkan sahaja persoalan itu berlalu mengikut peredaran arus dan ditambah dengan umurku yang semakin meningkat dewasa (konon-kononnya la. Hehe…). Kini, tanpa kusedari, persoalan itu timbul kembali… Pada suatu ketika, di dalam kelas “IST”, beberapa jam yang lalu.

Ustaz: Buat pengetahuan semua, yang sebenarnya, zaman paleolitik, mesolitik, neolitik atau logam sebenarnya tidak wujud.

Diriku: Hah? Abestu, yang aku pelajari selama ini semua bohong belaka la? Hampehs betul. Tipah tertipu jua. (monologku sendirian)

Murid: Habis tu ustaz, yang kita belajar time form 1 till form 5 tu apa? (salah seorang teman sekelasku bertanya. Mungkin terkejut dan ingin mendapatkan kesahihan dari statement berani ustaz itu)

Ustaz: Kita terlalu mengikut sistem yang telah disusun oleh barat @ yahudi. Sistem itu pula membuatkan kita terpaksa akur.

Cuba lihat, golongan intelektual yang lahir, kebanyakannya dari golongan yahudi. Sebagai contoh Charles Darwin, yang mengatakan bahawa manusia berasal dari beruk.

Sebenarnya, mereka telah memutarbelitkan ayat al-Quran yang ditujukan kepada orang yahudi iaitu Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari sabtu namun, mereka engkar dan sebagai hukuman, ada di antara mereka telah bertukar menjadi beruk.

Diriku: owh… begitu rupanya. Rupa-rupanya, dalam diam, kita masih dijajah. Ya, diriku amat bersetuju dengan jawapan yang diutarakan oleh ustaz. (fikirku)

Tambah ustaz lagi, manusia pertama yang dicipta oleh Allah adalah Nabi Adam a.s. Amat mustahil bagi Nabi Adam a.s hidup pada zaman batu…. Ini kerana, Allah telah mengutuskan Nabi Adam a.s untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi. Takkan la seorang khalifah pakai cawat. Macam dalam gambar (dalam buku sejarah) tu. Memang tidak masuk akal. Jadi, disini tidak wujud lagi apa yang dikatakan zaman purba yang sangat mengarut tu. Boleh sesat.

Firman ALLAH:

“Dan dia (Allah) mengajarkan kepada Adam. Nama-nama (benda-benda) semuanya. Kemudian Dia mengemukakannya kepada para malaikat seraya berfirman, “Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar (menurut dugaanmu).” Mereka (para malaikat) menjawab, “Maha suci Engkau tiada pengetahuan kecuali yang telah engkau ajarkan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana.”

(Al-Baqarah, ayat 31)

p/s: Cuba kita renung dan hayati kembali. Perbezaan ilmu yang disampaikan oleh seorang guru dan seorang ustaz. Mungkin guru itu terikat dengan silibus di dalam buku sejarah manakala ustaz pula, membuat pembuktian berlandaskan dalil quran dan sunnah. Siapalah kita yang hendak menafikan isi kandungan di dalam kitab Allah Ta’ala. Wallahu‘alam…

Harapan: Alangkah bagusnya jika sistem pendidikan di tanah airku ini ditukar kepada sistem yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Sistem pengajaran pula dikaitkan dengan agama. *-*