Wednesday, October 6, 2010

Kenapa mata hati?

Bismillahirrahmanirrahim…..

Tidak tahu kenapa dan mengapa, hati ini tertarik untuk menamakan blog ini sebagai mata hati. Mungkin kerana telah “jatuh cinta” pada bait-bait lagu ini.

Hijjaz – Mata Hati

Malay version:

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

English version:

The vision of the eye always lies
The vision of the intellect always errs
The vision of the ego always strays
The vision of the heart will be true
If that heart is pure

p/s: Sama-sama kita hayati dan diminta untuk sambung sendiri bait-bait yang seterusnya. Hehe…


Rasulullah SAW bersabda:

“Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruh anggotanya dan jika ia jahat, jahatlah seluruh anggotanya, ketahuilah ia adalah hati.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Yezzaa!

Bismillahirrahmanirrahim…..

Hari ini dalam sejarah. Kenapa ya?

Tadaaaa… Akhirnya, muncul jua blog “MATA HATI” ini.

Persoalan yang sering berlegar di fikiranku:

Kenapa mesti berblog? Penting sangat ke? Banyak lagi kerja lain boleh buat…

Macam berkhayal pun ada… Ada ke orang nak baca? Hehe…

Itulah di antara faktor-faktor penyebab diri ini tewas untuk memulakan penulisan.

Namun, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang positive diambil, yang negative ditinggalkan.

Antara kelebihan blog menurut pengamatanku:

a) Sebagai tempat untuk “sharing moment”.

b) Sebagai lantai perkongsian ilmu.

c) Sebagai platform dakwah.

d) Sebagai medan perjuangan.

e) Sebagai muhasabah diri.

f) Sebagai hobi (dapat reduce tido.:p).

Biarpun tidaklah sehebat mana namun, siapa tahu, bisa membuatkan mindaku serta sahabat2 terketuk. Bak kata pepatah, “sharing is caring”. Ayat yang sering kali digunakan dalam percakapan seharian.

He he he… skema pula rasanya. Terasa janggal bagi diriku ini untuk berkarya. Moga bermanfaat buat semua. Insya ALLAH…